Friday, 29 July 2011

EinaZarina Minta Maaf Secara Terbuka.





Sempena nak dekat puasa ni..mari kita fikir sejenak pasal rezeki.


Makanan...air...duit.....
semua itu adalah REZEKI bagi kita di dunia ini.
Tapi siapa yg memberikan kita semua itu???
Jawapannya hanya satu....: ALLAH.

Jadi kenapa kita perlu lupa padaNya..sedangkan dia tidak pernah lupa untuk memberi kan rezeki milikNya kepada kita.

Mungkin sebab kita tak perlu meminta mcm fakir miskin yg duduk di lorong2,pasar malam,masjid,tepi2 jalan untuk meminta rezeki hingga kadangkala kita lupa bahawa itu ada lah pemberian dari Nya.

Bila dia tarik segala rezeki itu baru lah kita terasa..baru lah hendak berdoa. Tetapi bila dia datangkan rezeki yang byk kita lalai...

kita anggap itu tidak cukup. Kita enjoy dengan kawan2...
kita tidak menunaikan kewajipan untuk menolong org yg lebih memerlukan.
kita hina mereka yg uzur,lemah dan miskin...
kita jijik untuk bersahabat dengan golongan yg tidak sedarjat dengan kita..apa class la kan.
kita lupa untuk bersyukur..
kita tinggal solat yg difardhukan oleh Allah keatas kita.
Kita buka segala aurat yg diwajibkan oleh Allah utk kita pelihara.
Kita lupa ibu bapa..kita herdik mereka yg membesar kan kita..
kita berzina...


Adakah semua rezeki itu selamanya milik kita..???
TIDAK! Ianya adalah pinjaman dan bila2 masa saja bila Allah mahu dia mampu untuk menariknya semula ...

Ketika itu jangan pula kita mengatakan Allah tak sayang kita.Sedangkan kita juga tidak pernah sayang apa yg diberikan oleh Nya.

Ketika itu juga kita hilang kawan...kita salahkan orang lain atas segala yg kita lakukan dan kemudiannya kita kata yg kita ni "tidak baik" jadi Allah tidak penuhi segala apa yg kita hajati. Salahkan Allah lagi...

Marilah semua kawan2 Eina...kita bertaubat.
Sama2 mengingati sesama kita supaya kita sentiasa berada di bawah rahmat Nya.

Eina tahu yg Eina juga tidak perfect untuk menegur atau mengajak semua untuk berubah.Mungkin ada yg kata Eina pun tidak sebaik mana.Banyak buat salah..dulu pun Eina buat juga...Macam2 la kan tapi ini lahir dari hati yg ikhlas.

Andai kata ada yg terasa Eina mohon ampun dan maaf.
Andai kata ada salah Eina dimana2.segala khilaf diri Eina mohon semoga anda semua maafkan.

Sesungguhnya Eina cuma hamba Allah yg daif.

Anak,Isteri dan Kawan yg tidak sempurna....yg penuh dengan kesilapan.

Tapi masa lalu tidak dapat dipadamkan..tetapi penyesalan itu cukup dan Eina rasa patut untuk Eina mohon kesilapan andai ada yg terasa hati,berdendam atau terkilan...

Bantu Eina untuk menjadi seorang muslimah sejati.Tegur Eina jika Eina salah tapi jangan tinggalkan Eina terkapai2 untuk mencari redha Allah.

sekali lagi AMPUN & MAAF ikhlas dari hati yg tulus ikhlas.Semoga kita sama2 mendapat keberkatanNya.

Amin....


~~~~~~~~~~~~~~~~SEKIAN~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

No comments:

Post a Comment