Friday, 22 July 2011

Kebesaran Solat sunat 2 rakaat

Pagi tadi eina bace email dr sorang member.Dia forward satu email yg baik utk dishare..so marilah kite sama2 menunaikan solat sunat 2 rakaat ni.
Sila baca kenapa kita patut tunaikan nya....






Allah SWT selesai menciptakan Jibrail AS dengan bentuk yang cantik,
dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap
itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124,000
sayap). Setelah itu Jibrail AS memandang dirinya sendiri dan
berkata: "Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang
lebih baik daripada aku?." Lalu Allah berfirman yang
bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail AS berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur
kepada Allah SWT dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail AS solat, maka Allah SWT berfirman yang
bermaksud."Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah
yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah
kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan
datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai,
namanya 'Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa
berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang
hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba
kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun
besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya
solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka
mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat
bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail AS berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau
hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?" Lalu Allah
berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga
Ma'waa sebagai tempat tinggal..." Kemudian Jibrail AS meminta izin
keada Allah untuk melihat syurgaMa'waa. Setelah Jibrail AS mendapat
izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail AS dengan mengembangkan
sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia
boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat
Jibrail AS selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan
akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon
dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud: "Ya
Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau
sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau
kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan
kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu
terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan
sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah
kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat
yang mereka kerjakan....."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya
Allah SWT telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam
Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan
Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam
solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat
di dalam semua hari.

No comments:

Post a Comment